Tuesday, December 1, 2009 - ![]() Tuhan pimpimlah aku selalu di dalam kehidupanku aku lemah kalau Engkau tidak memberi kekuatan aku hambaMu memanglah sentiasa lemah lemah fizikal dan lemah jiwa dengarlah selalu bisikan hatiku itulah harapanku padaMu yang selalu membuat dosa mengharapkan keampunan dariMu Tuhan,masukkan di dalam hatiku takut dengan kemewahan kerana takut disalahgunakan masukkanlah ke dalam hatiku rasa cinta padaMu agar rasa lazat menyembahMu rahmatMu yang aku harapkan amal ibadahku tidak memberi jaminan atau kemaafanMu yang aku pinta sekalipun aku tidak layak aku ini hambaMu Tuhan Tidak berguna kerana membuat dosa setiap masa kutiplah aku dengan rahmatMu dan sandarkanlah aku dengan berkat sesiapa yang boleh menyelamatkan aku rahmatMu yang luas berkat melimpah ruah kepada sesiapa sahaja yang Engkau mahu anugerahkan ya tuhanku apa salahku?kenapa teman ku benci akan diriku?kenapa kasih yg aku curahkan selama ini berubah menjadi kebencian?di mana silapku?apakah dirinya dikaburi dgn kesombongan dgn apa yg dimilikiNya?wahai manusia...sedarlah kenikmatan yang ada di dunia ini hanya sementara ! |
Tagboard
|