<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8347903120682671285?origin\x3dhttp://mirasyeh.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



layout
Layout: 4. Head Strong.
Browser: Best viewed in IE.
Resoulution: 1024 x 768.



girls,cover your aurat!(:
Saturday, November 28, 2009 - 2:27 PM

Assalamualaikum semua (:

Soalan ini bermain di fikiran ana..dan alhamdulillah ana telah dpt jawapannya di internet.
inilah salah satu faedah yg dpt diraih apabila kita mempunyai kemudahan..tapi jgn pula disalah gunakan!(:

Soalan:Walaupun ramai gadis melayu/islam yang memakai tudung mengenakan pakaian myg menutupi aurat,namun ada sesetengah gadis memakai pakaian yang ketat hingga menunjukkan bentuk badan mereka.Lantas apakah significant memakai tudung pada masa kini jika aurat yang ditutup tetap menjolokkan mata?

J:Menutup aurat adalah kewajipan setiap umat islam utk melaksanakannya apabila telah sampai had baligh masing-masing.Sehubungan ini Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:"Wahai Nabi!Katakanlah bagi isteri-isterimu itu supaya mereka melabuhkan(sehingga menutupi ke atas jilbab mereka)"(surah Al-Ahzab ayat59) dan firmanNya lagi yg bermaksud:"Tutupilah tudung mereka atas lubang tengkuknya"(An Nur ayat31)


Parents dan bapa-bapa(husbands) bertanggungjawab menjaga dan mengawasi tingkah laku dan tanggungan dan keluarga masing2 supaya dpt menutupi aurat mereka termasuk rambut kepalanya dan lubang tengkuknya.mereka dikira bersalah sekiranya mengabaikan atau membenarkan mereka yg di bwh tanggungan cuai dlm mengerjakan perintah Allah s.w.t

Kesimpulannya wanita itu sendiri,ibu,bapa dan suami masing2 bertanggungjwb atas kesalahan yg mereka lakukan & keslhan mereka yg di bwh jagaannya.Tetapi apabila mereka telah menjalankan tugas tersebut dgn baik,maka dosa kesalahan,mereka menanggungnya sendiri kerana ibu,bapa& suami tiada taqsirnya lagi..
in other word,bebas dari tanggungjawab apabila sudah dinasihati tapi tetap si isteri/anak berdegil..

Ketahuilah,setiap wanita Muslim itu pasti dgn rela hati akn menunaikan perintah Allah sekalipuntanpa arahan org lain & tidak berani melanggar larangan atau titah perintahNya meskipun atas dorongan dan restu dari sesiapa.

Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud:
"Tidak harus melakukan kesalahan maksiat kepada Allah s.w.t untuk mentaati makhluk"
(riwayat Bukhari & lain-lain)


BAGAIMANA PULA sekiranya berlaku demikian(ertinya parents or suami sendiri yg memerintahkan isteri or anak2 dgn perkara dosa & maksiat??
dalan hal ini Allah pernah berfirman yg bermaksud:
"Dan sekiranya mereka berdua(ibu bapa) berusaha utk menjadikan kamu syirik dgnKu(Allah) maka jgn kamu ikut atau mentaati arahan tersebut tetapi layanilah mereka di dunia ini dgn baik" (surah Lukman ayat15)


Ana terjumpa satu website ni ..ada pantun tentang aurat.menakjubkan!jadi ana nak share dgn teman2 ana..enjoy!(:



MESTI BACA!!menarik tau!


Baju nipis nampak bayang
peha gebu saja ditayang
lebih baik tak pakai baju kan senang
dah tentu boleh tunjuk terang-terangan


Baju ketat seluar sendat
pakai tudung just ikat-ikat
dari mula memang bukan adat
disudut agama pun gaya tak berkat


Tudung jarang baju nipis
pakai sikit boleh nampak 'garis'
mata orang terbeliak,kita membengis
bila kena kutuk,kenapa menangis


Lengan pendek,blaus gantung
jeans ketat melekat kat punggung
jadi org islam ni sebenarnya beruntung
agama tak suruh berbungkus seperti pocong (ana tk phm this part..haha)


Apa rasanya kepala beertudung,kain terbelah
kalau takat rambut orang kurang ghairah
lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
mata yg memandang boleh keluar darah


Kebaya ketat kain terbelah
ikat tudung macam tak sudah
nak ikut suruhan agama memang tak mudah
tapi islam sebenarnya indah


Tutup aurat bukan suruh berselubung
sampai tak nampak muka dan hidung
yang faham tuntutan agama memang beruntung
takla bersungut,mulut pun muncung


Dah kalau mula minat nak bertudung
cubalah sesuaikan apa yg nak disarung
kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
maknanya nafsu tu blom dpt dibendung


Bertudung itu bukan satu paksaan
ianya lebih pada keinsafan
selalunya nafsu masih dikuasai syaithan
itu pasal lah fesyen pon yg bukan-bukan


Asal menutup aurat itu tuntutan
kalau dianggap susah,tu sebab bosan
yang dirinya hati tak berkenan
tu yg berjela-jela mencipta alasan


Menutup aurat satu syariat
kepada agama kita taat
hidup berkat pahala berlipat-lipat
di dunia selamat,di akhirat hebat.


(: best kan?hehe..seronok sgt!

sekarang,pasal kesilapan yg kerap wanita lakukan tentang aurat...


Kesalahan pertama:aurat itu adalah menutup aurat sahaja

Kesalahan kedua:bertudung tapi ber'T-shirt' berlengan pendek

Kesalahan ketiga:Bertudung tapi baju kebarungnya(kebaya+baju kurung=kebarung) terbelah kainnya

Kesalahan keempat:Bertudung tapi bajunya sendat,sempit,nipis lalu memaparkan bentuk

Kesalahan kelima:bertudung tapi longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya

Kesalahan keenam:Bertudung tetapi hanya di sekolah sahaja..klu nk g tmpt lain,jgn harap!

Kesalahan ketujuh:Bertudung tapi tudungnya dilempar ke belakang leher,maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung

Kesalahan kelapan:Bertudung tetapi tudungnya jarang dan boleh nmpk leher,dan lain2 lagi..

Kesalahan kesembilan:Bertudung tapi naik motor maka nmpklah betis nya...aiyoyo

Kesalahan kesepuluh:Bertudung dgn sempurna tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dgn lelaki..sama ada menyanyi atau bernasyid.tiada dakwah yg sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di ats pentas dgn pakaian canggihnya,seribu mata lelaki memandangnya.kita tidak tahu di mana mata lelaki itu memandang.malah suara perempuan yg merdu juga membuatkan lelaki rosak hatinya akn dibuai nafsu,walaupon penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan

terdapat lagi dalil mengenai aurat,

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya,dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yg terzahir" (An Nur31)

maksud terzahir??hmm ana pon tk tau..sesiapa yg tau bilang kk?syukran kerana sudi membaca.. (:

ana pon manusia yg dhoif..kdg2 pon ana punye pakaian tk bgus.sebab girls kan nk melawa..jadi bile nk pakai baju most of us hanya terpikir psl nk melawa.& ada di antara kita ingat nk ikut fesyen terkini saja..hmm..mcm ana lah..hehe.tpi klu skrg da tau,marilah sama2 kita cuba menghindari drpd memakai pakaian yg salah dri segi islam..ini demi maruah dan aurat us..moga dapat raih manfaat dari sini..sekali lagi syukran!

Wallahuálam..wassalamualaikum(:



























Tagboard

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x