Monday, November 17, 2008 - ![]() ~SAHABAT SEJATI~ Sahabat sejati, Paling sukar dicari. Akhlak mulia hiasan diri, Tingkah lakunya menarik hati. Hatinya luhur berbudi bahasa, Tiada dendam apalagi curiga. Andainya perselisihan terjadi, Dia hanya mendiamkan diri. Bertolak ansur sesama rakan, Bantu-membantu jadi amalan. Adab sopan kepada orang tua, Hormati guru juga ibu dan bapa. Terus berusaha hingga berjaya, Untuk mencapai cita-cita. Sentiasa bersedia menghadapi cabaran, Tabah dan cekal dalam dugaan. Elak diri daripada perkara negatif, Sentiasa berfikiran positif dan kreatif. Jauhi larangan patuhi arahan, Itulah pekerti insan budiman. Akur perintah ibu dan bapa, Taat suruhan guru semua. Tidak mudah berputus asa, Sekali gagal terus berusaha. Itulah sifat sahabat sejati, Mahu kumiliki,cuba dicari. ~dipetik dari buku sup untuk santapan rohani remaja..(= |
Tagboard
|