Thursday, November 27, 2008 - ![]() Sungguh riang si bayan raja, Terbang bebas ke sana ke mari, Amatlah indah masa remaja, Badan cergas muka berseri. Terbang bebas ke sana ke mari, Mencari unggas tanpa jemu, Badan cergas muka berseri, Tambah cantik kalau berilmu. Mencari unggas tanpa jemu, Segala rintangan pasti dirempuh, Tambah cantik kalau berilmu, Kerana itulah senjata yang ampuh. Segala rintangan pasti dirempuh, Menghadapi dugaan usahlah gentar, Kerna ilmu senjata yang ampuh, Tempuhi halangan dengan pintar. Menghadapi dugaan usahlah gentar, Berdepan cubaan janganlah gundah, Tempuhlah halangan secara pintar, Pasti kejayaan akan menyerlah. Hidup ini amatlah indah, Tempat mengumpul bekalan akhirat, Pasti kejayaan akan menyerlah, Budaya amalan budaya sihat. Tempat mengumpul bekalan akhirat, Hidup ini janganlah leka, Budaya amalan budaya sihat, Menjadi pemimpin di hari muka. Hidup ini janganlah leka, Kerana banyak jalan yang sukar, Menjadi pemimpin di hari muka, Seru kebaikan jauhi mungkar. Kerana banyak jalan yang sukar, Berikhtiar kemudian baru berserah, Seru kebaikan jauhi mungkar, Semoga dapat keredhaan Allah. -COPYRIGHT...HEHE...FRM SUP UTK SANTAPAN ROHANI REMAJA(SSRR) |
Tagboard
|